Pages

background

Welcome!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 11, 2013

MUSLIMAH :)

Assalamualaikum.

Ramai yang mempunyai impian nak jadi seorang MUSLIMAH yang SOLEHAH, including me and actually bukan senang. Payah tau! Tapi, apa-apa usaha kita dalam mendekati Allah, in shaa Allah Dia permudahkan dan kalau kita bersusah payah sekalipun, resultnya akan memuaskan hati kita.
"We must realize that Allah has created us imperfect so He does not expect perfection from us, He expect us to try our best"
"Islam is perfect but not Muslims. Blame it on me, not on my religion"
See? Betapa bagusnya kita memperbaiki diri kita dari hari ke hari. Walaupun susah, tapi kena gagahkan diri. Kalau nak permudahkan, letakkan diri kita dalam kumpulan orang yg beriman, kumpulan wanita yg solehah, in shaa Allah, mereka akan tolong kita mendekatkan diri dengan Allah. Saya cakap macam ni bukan sebab saya baik sangat yg saya confirm masuk syurga, TAK! Saya cakap macam ni pun sebab saya masih dalam proses ke arah itu. Dan saya bukan HIPOKRIT! Cuma kadang-kadang saya tersasar dan saya berharap apabila saya tersasar, mohon orang sekeliling menegur saya. Ada banyak benda kita kena jaga untuk jadi seorang MUSLIMAH yang SOLEHAH ni.
First, Jaga Aurat! Nak jadi muslimah sejati kenalah jaga aurat. Aurat ni penting and semua yg Allah suruh kita buat tu penting! Tapi tutup aurat mestilah niat kena betul. Jangan buat sebab seseorang, buat kerana Allah. Jangan tutup aurat sebab nak jaga untuk suami nanti, salah tu. Memanglah aurat kita ni kena jaga untuk suami nanti tapi biarlah kita tutup aurat kerana Allah. Aurat perempuan untuk lelaki bukan mahram apa ye? Mestilah semua kecuali muka dan tapak tangan, and that including our feet. Means that, pakai baju longgar, seluar pun tak ketat, tudung bawah dada and socks! Tapi kenapa ramai orang sekarang ni suka buka aurat. Yang pakai tudung pun sanggul tinggi. Orang sanggul tinggi ni tak cium bau syurga tau!
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
Surah An-Nur, ayat 31
Yang tutup pun still balut aurat. Balut aurat? Yes, yang pakai ketat-ketat tu. Jangan jadi FASHION VICTIM! Islam tak melarang kita berfashion tapi berpadalah. Fashion pun ada caranya. Kenalah tutup jugak aurat kita and berlandaskan syariat Islam. Nak berfashion pun tak payahlah sampai tabarruj. Nak cantik-cantik tunjuk kat suami je, tak payah nak tunjuk kat lelaki ajnabi. Aurat perempuan untuk perempuan pulak apa eh? Mestilah dari pusat hingga ke lutut. Tapi kenapa saya tengok sekarang ni, ramai sangat perempuan suka pakai short, berkemban depan perempuan lain. Tu aurat tau! Jangan buat-buat lupa ye.. Oh, dengan perempuan pun jangan nak balut aurat tu! Jangan nak pakai legging ketat-ketat depan perempuan. Baju ketat takpe, sebab bukan aurat. Hehe..  Okay, aurat perempuan dengan NOT-YET-MUSLIM pulak? Sama je dengan aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram. Oh, kenapa saya kata not-yet-muslim? Sebab kita belum tau yg dia akan masuk Islam atau tidak. Lebih baik kata NOT-YET-TO-BE-MUSLIM. Kita mendoakan diorang supaya masuk Islam. Aamiin! Okay, balik pada aurat tadi. Masing-masing tau bukan senang nak jaga aurat depan diorang ni, nak-nak yang tinggal asrama tu. Selepas kajian dilakukan eceh.. dan soalan ditanyakan kepada yg lebih pakar, rupanya ada kelonggaran tapi bagi yg tinggal asrama je tau! Kita boleh buka aurat depan diorang tapi dengan syarat diorang mesti tau dan faham keadaan diri kita. Ini bagi mengelakkan diorang citer pasal aurat kita dengan orang lain. Tapi nak bukak aurat pun, jangan nak over sangat! Boleh pakai lengan panjang and seluar panjang je depan dia. Stokin and tudung tak payah. Tapi ada jugak yg cakap boleh pakai lengan pendek tapi saya sarankan pakai lengan panjang lah ye!
Second, Jaga Pergaulan! Jaga batas antara lelaki dan perempuan. Jangan nak bergurau-senda atau bertepuk tampar sangat. Batas tu jaga! Kalau nak keluar tu jangan nak berdua lelaki perempuan, sebab yg ketiga tu adalah syaitan. Kalau nak keluar dengan lelaki pun mesti atas urusan penting dan kena bawa mahram perempuan sekali. Jangan berdua je walaupun dah tunang. Kalau rasa nak keluar berdua sangat, pergi kahwin! Kahwin tu, nak berdua pun takde orang marah. hehe..
Third, Jaga Pandangan! Seorang perempuan yang baik dia akan memandang ke bawah apabila bertemu dengan lelaki. Seorang muslimah tidak akan memandang lelaki secara terus ke mata. Sebab dari mata jatuh ke hati! Eceh.. ayat! Jangan dok nak usha sangat lelaki hensem tak hensem. Jaga mata tu. Tundukkan pandangan. Jangan nak angkat-angkat! Haha.. Tapi janganlah tunduk sampai nak menyembah bumi. Kalau nak angkat pun jangan pandang mata ye! Nanti buat zina mata tak tau.. Oh, lagi! Jangan pandang aurat orang sekali. Dosa tau!
Fourth, Jaga Hati! Aiyoo! Jaga hatilah yang paling susah selain jaga pandangan. Hati ni kena bersih dari titik hitam. Kita gelak lebih tiga dekah pun boleh timbul titik hitam dalam hati ni. Itu baru ketawa! Belum benda lain lagi, dengan kesalahan kita semua. Entah berapa banyak titik hitam dahlah dalam hati ni. Sebab tu, kita kena selalu bertaubat, beristighfar supaya hati kita jadi suci balik. Lagi satu, jaga hati kita daripada lelaki! Jangan senang-senang bagi hati kita kat diorang. Simpan elok-elok untuk suami kita nanti. Lagipun, ingat lelaki nanti buat zina hati je, dosa jugak. Then, jangan lupa baca Al-Quran tiap-tiap hari untuk makanan rohani kita, basahkan lidah dengan zikir in shaa Allah hati terjaga.
Fifth, Jaga Hubungan dengan Allah! Kalau kita jaga first sampai fourth, in shaa Allah hubungan dengan Allah pun terjaga. Solat, zikir, Al-Quran semua tu penting dalam menjaga hubungan dengan Allah dan orang yg paling dekat dengan Allah ialah orang yg melakukan solat malam iaitu qiamullail. Qiamullail, semua kata susahlah nak bangun pagi, nak solat lagi. Tapi tau tak? Kalau malam sebelum tu kita niat nak bangun tahajjud tapi kita tak bangun, pahala kita sama je dengan orang yg bangun tahajjud. So, niat tu penting. Then, kalau kita terjaga tengah malam dan kita terfikir tentang Allah atau zikir, itu pun dah dapat pahala bertahajjud. Bagus kan? Best kan? Senang kan? Semua tu sebab Allah sayang hambaNya. Sebab Allah tau kita ni bukan senang nak bangun malam, jadi Allah permudahkan.Tengoklah, betapa Allah sayangkan kita. Tapi kita? Cuba tanya diri sendiri, apa yang kita dah buat untuk Allah? Untuk Islam? Untuk Rasulullah? Kita duduk dalam kesucian Islam, kebesaran Allah dan kasih sayang Rasulullah, tapi apa yang kita balas? Selama ni, balasan kita tu cukup ke? Amalan kita tu berat ke kat akhirat nanti? Solat kita sah ke semua? Yang penting, niat kita betul ke kerana Allah? Tepuk dada, tanya iman.
Jadi, dah tau kan apa yang penting dalam menjadi seorang wanita solehah. Ingat, wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah! Sama-samalah kita berusaha mecapai tahap wanita solehah walaupun susah kerana Allah itu pasti ada untuk membantu kita :)



No comments:

Post a Comment