Pages

background

Welcome!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 30, 2013

Assalamualaikum.
Tadi tiba tiba benda ni pop out in my mind,
"Macam mana kita nak tegur kesalahan orang tu tanpa membuat dia terasa?"
"Get rid the receptor"
And tulah yg kawan saya reply. And I was like 'what receptor? pain receptor? cold receptor? Or receptor is just another word for feeling?' Haha.. seriously, macam mana yek? Bagi saya, friendship is important. Saya tak nak disebabkan gaya saya yang salah dalam menegur, we end our friendship. NO! I dont want that. Hati orang kena jaga leklok. Walaupun tegur kesalahan orang lain tu memang dah jadi tanggungjawab kita semua and it is really important sebab kita juga menarik dia ke jalan Allah, but still saya rasa teguran tu mesti kena dengan gayanya.
Pernah dengar cerita pasal Hasan dan Husin yang menegur kesalahan orang yg mengambil whudu'? Cerita ni diceritakan oleh BADAR maktab saya masa tahun lepas. Tapi saya tak pergi time tu and diceritakan balik oleh classmate saya. Hasan and Husin ni kan anak Saidina Ali dengan Fatimah. Diorang pergi masjid time tu and ternampak seorang pak cik ni salah cara amik wudhu'. Tau apa yg diorang buat? Diorang tak tegur pun kesalahan pak cik tu. Sebaliknya, diorang bergaduh sesama diorang. Bergaduh? Yeah, mesti korang terkejut en? Hasan dan Husin bergaduh sesama diorang kerana kesalahan mengambil wudhu'.
"Macam nilah baru betul!"
"Taklah, ni baru betul!"
Dah diorang asyik bergaduh je kat tempat amik wudhu' tu, pak cik tu pun masuklah campur.
"Nak oh nak, kenapa bergaduh ni?
"Kami bergaduh sebab cara amik wudhu' ni. Dia kata macam ni (sambil buat gaya) tapi saya kata macam ni pulak (sambil buat gaya)"
Dan pak cik tu pun tersedar dia sebenarnya yang salah. Hasan dan Husin buat betul je. Jadi, kejayaan buat Hasan dan Husin di situ. Jadi, itulah saya try nak buat. Pak cik tu tak trase pun yang Hasan dan Husin tu sedang menegur kesalahannya tapi pak cik tu tersedar sendiri dengan adegan yg mereka lakukan. Tapi bukan senang, serious susah. Orang orang terdekat saya, ada je yg free hair, pakai ketat ketat semua. Tapi serious saya takde kekuatan nak tegur. Rasulullah SAW bersabda,
"Ubahlah mereka dengan tangan(kuasa). Jika tidak, ubahlah mereka dengan lidah. Dan akhirnya, ubahlah mereka dengan hati dan sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman"
Hadisnya lebih kurang gitulah and saya tak ingatlah perawi hadisnya. In shaa Allah hadis ni sahih sebab hadis ni ada dalam buku teks agama lower form. Okay, berdasarkan hadis ni, saya adalah golongan yg selemah-lemah iman sebab saya hanya berdoa dan berharap agar insan insan tersebut berubah ke jalan Allah.  Takpe, in shaa Allah nanti saya nak ubah dengan tangan pulak. Doakan saya :)

Wednesday, March 27, 2013

Dakwah!

Assalamualaikum.
Semalam saya tetiba terfikir, "Macam mana nak berdakwah scare santai ea?" Dan benda tu jugaklah saya terfikir sampai sekarang and still tak dapat jawapan. Dan disebabkan dakwah nilah, saya asyik terfikir kerja apa yg boleh berdakwah dalam masa yg sama. Sebenarnya, kita boleh je berdakwah melalui perbuatan. Meaning, kita tunjuk contoh yg baik, pergi surau sume.. in shaa Allah ada orang yg akan ikut kita. Tapi saya nak dakwah yg betul betul dakwah. Dulu, saya nak jd accountant, then bukak bank sendiri which is seems impossible. Bank tu need a lot of money kott.. Dari bank tulah, saya akan jadikan semuanya Islamic. Pergi solat kena punch card. So, kalau org tu tak pergi solat, kita taulah and boleh tegur elok elok. Tapi, rezeki saya macam takde je dalam bidang ni. So, saya nak menyambung harapan ayah saya nak jadi pharmacist. Tapi pharmacist pun paling paling bukak farmasi sendiri which is susah jugaklah nak buat sistem punch card sgale bagai. Sebab kedai kecik je pun.. Lepas result SPM keluar ni, saya tetibe teringin nak jadi cikgu pulak. Oh, saya dapat 2A+ 4A 2A- 1B+. Alhamdulillah.. Walaupun sekolah saya ada 219 org dapat straight A's tapi saya tetap bersyukur.. Okay, sambung balik ke cerita cikgu tadi. Saya terfikir, kalau jadi cikgu lagi senang nak berdakwah. Macam sorang cikgu kat sekolah saya ni. Dia pakai purdah and selalu berjubah. Dia bukan ajar agama tapi CHEMISTRY and itulah subjek saya B+ :'( Setiap kali cikgu tu abis mengajar, dia mesti suruh budak kelas dia ckp, "We love Allah, We love Rasul, We love Chemistry" Dia berdakwah lah jugak kan? Dalam kelas pun dia selalu ckp psl Islam ni and itu cara dia berdakwah. So, jadi cikgu lagi senang nak berdakwah. Kita boleh applicatekan apa yg kita blajar dgn Islam. Ustaz Azhar Idrus ada cakap, "kalau tak tau nak buat pilihan, pilihlah yg akan membuatkan kita dekat dengan Allah" So, kalau dpt scholarship MARA tu memang saya nak pilihlah. Jadi cikgu lagi banyak masa, bolehlah luang lagi masa dengan Allah. Jadi accountant nnt busy, pharmacist tak taulah. Okay, itu cerita dakwah masa dah kerja. Masa tengah blaja, duk lepak kat rumah ni nak berdakwah macam mana yek? Seriously, saya nak berdakwah dgn cara org tertarik nak tengok and dengar dakwah kita. Dengan gaya yg santai, buat org terasa selesa dgn dakwah tu dalam masa yg sama menarik diorg mendalami Islam. Tapi saya tak tahu cara! Kalau saya ni penulis novel, saya akan buat novel dengan tajuk yg catchy dan mengikut arus semasa dan dalam masa yg sama saya tulis pasal Islam dalam tu dan membawa makna kesedaran. Tapi, saya bukan penulis novel. Pernah baca novel tulisan HLOVATE. Novel dia bawak banyak makna kesedaran. Saya nak buat novel macam tu lah. Tapi saya ni malas nak type. PEMALAS punya orang! hehe.. Oh, okaylah. Saya nak kena kerah idea cari idea nak berdakwah ni. Doakan saya berjaya :)

Saturday, March 16, 2013

N I A T

Assalamualaikum.

"Setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat apa apa yg dihajatkannya. Sesiapa yg berhijrah ke jalan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yg berhijrah kerana dunia yg ingin diperolehnya atau kerana seorang perempuan maka hijrahnya itu adalah atas apa apa yg berhijrah kerananya"
Sumber : Buku Hadis 40 Imam Nawawi terbitan PSN Publication.

Semua benda yang kita buat haruslah disertakan dgn niat. Kalau tak tau apa niat kita, sia sialah apa yg kita buat. Setiap orang yg berubah tu haruslah berubah kerana Allah. Jangan berubah kerana manusia, takut bila manusia itu pergi, perubahan kita turut menjadi pergi lalu menjadi the old yourself. Bukan senang nak berniat kerana Allah. Kadang kadang kita buat satu benda baik tu sebab org lain pun buat, terikut ikut. Ataupun kita buat benda baik tu sebab nak tunjuk kat orang lain yg kita ni baik. Syaitan ni muslihat dia banyak. Mula mula dia akan hasut kita supaya tak buat good deeds semua tu dan bila kita nak buat jugak, syaitan akan hasut kita supaya niat kita buat baik tu bukan kerana Allah. Dulu masa sekolah, saya selalu gak pergi surau solat jemaah tapi bila saya terserempak dengan orang saya akan jadi riak. Then, cepat cepat saya istighfar. Nak jadi baik bukan senang. Perlu pengorbanan. Niat kena betul, kalau niat salah susah. Ada lah sorang ni, saya tengok facebook dia, dia post benda2 islamic padahal dulu tak. Pastu, saya ada baca comment dia kata nak beli tudung akel(tudung labuh tu). Saya pelik kenapa dia tiba tiba berubah ni tapi saya bersyukurlah. Rupa rupanya, dia berkenan ngan sorang lelaki ni. Islamic lah kot, tahfiz bagai. Then, lelaki ni lah bagi dia kesedaran nak berubah. Saya tak taulah niat dia sebab laki tu or sebab Allah. Tapi Alhamdulillah dia berubah sampai sekarang. Dia kenal dgn laki tu sebulan je, skrg laki tu pun dah takde. Lelaki tu just datang dalam hidup dia, sampaikan hidayah Allah then blah. Saya bersyukur sangat. Jelaslah dia berubah kerana Allah. Golongan ulama' ada menyatakan bahawa,
"Mungkin suatu amalan yang kecil akan menjadi besar kerana niat dan suatu amalan besar menjadi kecil kerana niat"
Jadi, jelaslah niat tu kena betul, ikhlas kerana Allah. Solat, sedekah, zikir and all the good deeds buatlah kerana Allah, mohonlah redha Allah. Mulakan sesuatu pekerjaan tu dengan basmalah, in shaa Allah niat dan pekerjaan kita akan terpelihara dan mendapat pahala dari Allah.


Tuesday, March 12, 2013

Ayah, Abi, Walid, Daddy, Abah, Papa

Assalamualaikum,
Hari ni entah kenapa saya nak cerita pasal ayah. Korang yg masih ada ayah ni patut bersyukur dan hargai ayah korang tu. Jangan jadi macam saya, menyesal pun tak berguna. The last day ayah saya, dia tak sempat nak kata apa pun, dia pergi macam tu je. Tak ada kata kata terakhir, tak ada ucapan selamat tinggal. Sebab tu kalau boleh saya nak kata doktor tu tipu. Bila ayah saya dah takdek ni, saya asyik teringat memori dulu. Saya teringat masa saya graduation form 5 kat maktab, ayah saya suruh amik gambar tapi saya taknak. Dan kalaulah saya tahu ayah saya nak pergi, confirm saya amik gambar time tu for my last graduation with my father. Masa saya SPM pun, ayah saya yg hantar mesej doakan saya.
"Assalam. Buat yg terbaik. Ayah sentiasa mendoakan kejayaan Aimi."
Setiap hari time SPM mesej nilah yg saya dapat. Bila habis satu paper je, time rehat saya akan bukak phone and tengok ada mesej ni. Sekarang result SPM pun dah nak keluar. Tak taulah 20 ke 21 ke 22 March. Tapi yg penting dah dekat dah. Memang saya rasa cuak jugak tapi saya lebih kepada sedih. Tahun ni, saya amik result tanpa seorang ayah. Dulu time SPM ayah saya yg doakan saya. Then, saya amik Biology pun sebab ayah saya suruh tapi kenapa ayah saya tak nak tunggu sampai result keluar? Teruk sangat ke result SPM saya nanti sampai ayah saya tak nak tengok? Saya tau ni semua takdir dan saya tak boleh mempersoalkan takdir. Tapi kadang kadang tu rasa sedih lagi lagi tengok adik saya menangis, lagilah rasa sedih. Adik saya yg paling last tu baru 6 tahun and saya yg paling sulong pun baru nak amik result SPM. Alhamdulillah mak saya kerja sampai ke hari ini at least kami takdelah susah dari segi kewangan. Saya tahu Allah atur tu yg terbaik utk kita. Saya pernah terfikir, kalaulah saya tahu ayah saya pergi seawal ni, saya tak nak duduk asrama sampai 5 tahun. Tapi sebenarnya Allah aturkan saya duduk asrama supaya bila ayah saya pergi, saya takdelah rasa kehilangan sangat. Aturan Allah tu kan yang terbaik. Saya tahu hari ini mungkin saya sudah kehilangan ayah saya tapi hari esok mungkin akan ada orang yang kehilangan kedua-duanya sekali. Mungkin juga akan ada orang kehilangan seluruh ahli keluarganya hingga tinggal sebatang kara. Jadi, saya patut bersyukur masih lagi ada seorang ibu dan adik beradik saya serta kawan kawan saya. Dan korang patut bersyukur kalau korang ada kesemuanya. Hargailah insan yang tersayang sebab kita tak tahu bila mereka akan pergi. Dulu, sebelum ayah saya meninggal, saya selalu terfikirkan pasal mati. Mengingati mati tu kan bagus. Jadi, hari hari saya ingat mati. Nak tau kenapa?
"Ya Allah, aku mohon agar kau panjangkan umur bapaku, kau sembuhkanlah penyakitnya. Aku sanggup ya Allah jika aku yang dijadikan ganti. Biarlah aku yang mati bersama penyakit ayahku agar ayah aku dapat terus hidup di muka bumi ini."
Inilah yang kita doa setiap hari masa solat hajat. Kehilangan seorang anak dan kakak tak sesedih kehilangan seorang suami dan ayah. Sebab itu, saya rela mati asalkan saya tak dapat tengok mak saya sedih. Saya tau, kalau saya pergi pun mak saya akan sedih tapi tak sesedih bila dia kehilangan seorang suami. Saya juga tau adik-adik saya juga akan sedih bila saya pergi tapi tidak juga sesedih apabila mereka kehilangan seorang ayah. Sekarang ni, bila ayah saya dah takdek saya jarang fikir pasal mati. Tak tau nape. Tapi bila saya terfikir tu, saya akan doa camni pulak;
"Ya Allah, janganlah kau jadikan ajalku dalam waktu terdekat ini. Aku tak sanggup jika ibuku mendapat kesedihan lebih dari ini"
Ya, macam ni pulak saya doa kalau saya teringat mati selepas ayah saya pergi. Mati itu pasti. Saya kadang kadang marah jugak kat diri saya sebab dah tak selalu nak ingat mati. Bila kita selalu ingat mati, in shaa Allah amalan kita pun berganda, pahala pun banyak sebab kita akan teringat bila bila pun kita boleh mati.
Jadi, pengajaran kat sini, selalulah mengingati mati. Allah dah aturkan bila, bagaimana kita mati. Tinggal kita sahaja untuk menghadapinya. Dan bagaimana pula preparation kita utk menghadapi mati? Amalan kita dah cukup banyak ke? Pahala tu agak agak berat ke bila timbang nanti? Dosa-dosa kita dah terhapus ke? Pertingkatkan amalan terhadap Allah, berbakti kepada ibu bapa, galas tanggungjawab dengan sebaiknya. Dosa ngan Allah, minta ampun dari Allah, bertaubatlah. Dosa dengan manusia, minta maaf dengan manusia. Jika dia tidak mahu memafkan, kita minta maaf lagi dan setelah 3 kali kita minta maaf, itu menjadi urusan dia dengan Allah. Urusan kita dengan dia, dah selesai. Wallhua'lam :)


UJIAN

Assalamualaikum,

As we all know Allah bagi kat setiap manusia tu ujian dia lain lain. Ada yang diuji dgn kesusahan, kematian etc. But korang jangan lupa kadang kadang Allah tu uji kita dgn apa yg kita suka such as kemewahan. Tapi setiap ujian yang Allah berikan hanya utk wake us up and realise yg setiap apa yg datang tu drpd Allah dan kepada Allah juga ia dikembalikan. Kan Allah ada berfirman dalam surah Al-Ankabut yg lebih kurg berbunyi begini,
"Bagaimanakah manusia dikatakan beriman sedangkan mereka tidak diuji?"

Jadi Allah menguji kita, menduga kita dgn ujian yg berat adalah untuk mengukuhkan keimanan kita terhadap Allah SWT. Tapi kadang kadang ujian tu kita rasa mcm berat sangat, takut tak tertanggung. Macam saya, saya baru sahaja kematian ayah 6 Jan this year and baru 2 bulan lebih dia pergi. At first, saya mmg tak boleh nak terima yg ayah saya dah tak ada. Saya rasa nak menjerit je kata yg doktor tu tipu. Saya memang rasa sedih sgt time tu. That is the first day saya melawat ayah saya kat hospital and saya sgt tak sangka that will be the last day saya melawat ayah saya. Sebagai anak sulong dlm keluarga, bila ayah saya meninggal saya rasa sedih dan rasa mcm all the responsibility jatuh kat atas bahu saya. Adik beradik saya semua perempuan and bila ayah dah takdek, saya rasa takdek sape dah nak protect my family. And saya jugaklah org yg paling rapat dgn ayah saya so kehilangan tu sgt susah nak di accept. Jadi, saya try jadi kuat for my family. Saya tak nangis dpn family saya, saya hanya nangis bila saya sorang sorang kat rumah.
"Aimi tak sedih ke ayah takdek?"
Anak mana yang tak sedih bila ayah sendiri dah pergi meninggalkan kita. Saya tak nangis sebab saya nak jadi kuat, saya taknak org lain sedih. As time pass by, saya semakin okay. Saya semakin okay. Saya ingat ada kawan saya ni ckp,
"Aimi, kau kena ingat ujian orang lain lain. Kalau aku, ayah aku meninggal mesti aku tak dapat nak hadapi sebab tu Allah tak duga aku dengan ujian tu. Kau seorang yg kuat sebab tu Allah tarik nyawa ayah kau"
Yeah. Saya tau Allah akan uji hambaNya berdasarkan kemampuannya.
"Allah tak membebani seseorang melainkan sesuai dengannya"
Surah Al-Baqarah. Jadi, Yakinlah ujian yang Allah beri tu kita mampu hadapinya. Jangan tolak qada dan qadar Allah. Ini semua takdir yg telah diatur olehnya. Redha atas ujian diberi dan berusahalah memperolehi keredhaan Ilahi. Did you know, the most sweetest thing is Allah always hear what we cry about and always there when we sad even though He knows everything from the start yet He listen to us. Cry all out your sadness and it will make you more calm :)


Monday, March 11, 2013

Harap Maklum

Assalamualaikum
Sebelum terjadinya kontrovesi merepek2, saya nak cakap post2 sebelum ini adlah di waktu zaman gelap saya, sebelum saya dapat hidayah utk berubah. Jadi, jangan pandai nak buat spekulasi merepek ye.. hehe.
Sekian, terima kasih :)

Terbukanya hati seorang hamba

Assalamualaikum :)

Starting from today, saya akan post bnde bnde islamic je. Aiseh, takde lah islamic sgt. Kadang kadang tu sye post lah psl life sye yg x seberapa ni. Hope boleh jadi pengajaranlah kat korang :)
Hmmm.. jadi sye nak perkenalkan diri dulu, mcm mne sye tetibe dpt hidayah gini.
Saya malaslah nak bukak aib sye yg dulu. Memang xdek sape tau pun sye sbnarnya mcm tu tapi Allah knows everything. Pandai kan sye sembunyi aib sye? hmmm.. It's all started mse sye baca satu novel ni.



Nak dikatakan tertutupnya hati sye time tu, sye beli novel ni almost 2 years dah. Memule beli tu, sye bg kawan bce dulu.
"Best lah! Tapi Islamic"

Dan dgn kejamnya sye trus abandon this book. Tapi years later, adik sye terjumpa novel ni dan tetibe sye rse nak baca dan sye baca dgn penuh rse keinsafan. isk2 :'( Sye terharu tengok betapa susahnya hero novel ni that is Asyraf Omar menukarkan diri dia dr budak street ke budak usrah? hehe.. tapi to islamic person lah. Even though at first dia changed because of Minn Edina(heroin) tapi later dia changed because Allah. Yes, Allah the only God. And disebabkan novel ni sye berubah. No, disebabkan hidayah Allah melalui novel ni sye berubah. Sekarang ni I'm trying to be a better slave to The Creator, Allah dan bukan senang sebenarnya. Macam macam dugaan ada. Iman saya ni bukannya kukuh sgt. Kadang kadang syaitan tu berjaya gak hasut tapi pintu taubat tu sentiasa terbuka. Walau banyak mana kesalahan kita buat, Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya.