Pages

background

Welcome!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 11, 2013

MUSLIMAH :)

Assalamualaikum.

Ramai yang mempunyai impian nak jadi seorang MUSLIMAH yang SOLEHAH, including me and actually bukan senang. Payah tau! Tapi, apa-apa usaha kita dalam mendekati Allah, in shaa Allah Dia permudahkan dan kalau kita bersusah payah sekalipun, resultnya akan memuaskan hati kita.
"We must realize that Allah has created us imperfect so He does not expect perfection from us, He expect us to try our best"
"Islam is perfect but not Muslims. Blame it on me, not on my religion"
See? Betapa bagusnya kita memperbaiki diri kita dari hari ke hari. Walaupun susah, tapi kena gagahkan diri. Kalau nak permudahkan, letakkan diri kita dalam kumpulan orang yg beriman, kumpulan wanita yg solehah, in shaa Allah, mereka akan tolong kita mendekatkan diri dengan Allah. Saya cakap macam ni bukan sebab saya baik sangat yg saya confirm masuk syurga, TAK! Saya cakap macam ni pun sebab saya masih dalam proses ke arah itu. Dan saya bukan HIPOKRIT! Cuma kadang-kadang saya tersasar dan saya berharap apabila saya tersasar, mohon orang sekeliling menegur saya. Ada banyak benda kita kena jaga untuk jadi seorang MUSLIMAH yang SOLEHAH ni.
First, Jaga Aurat! Nak jadi muslimah sejati kenalah jaga aurat. Aurat ni penting and semua yg Allah suruh kita buat tu penting! Tapi tutup aurat mestilah niat kena betul. Jangan buat sebab seseorang, buat kerana Allah. Jangan tutup aurat sebab nak jaga untuk suami nanti, salah tu. Memanglah aurat kita ni kena jaga untuk suami nanti tapi biarlah kita tutup aurat kerana Allah. Aurat perempuan untuk lelaki bukan mahram apa ye? Mestilah semua kecuali muka dan tapak tangan, and that including our feet. Means that, pakai baju longgar, seluar pun tak ketat, tudung bawah dada and socks! Tapi kenapa ramai orang sekarang ni suka buka aurat. Yang pakai tudung pun sanggul tinggi. Orang sanggul tinggi ni tak cium bau syurga tau!
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
Surah An-Nur, ayat 31
Yang tutup pun still balut aurat. Balut aurat? Yes, yang pakai ketat-ketat tu. Jangan jadi FASHION VICTIM! Islam tak melarang kita berfashion tapi berpadalah. Fashion pun ada caranya. Kenalah tutup jugak aurat kita and berlandaskan syariat Islam. Nak berfashion pun tak payahlah sampai tabarruj. Nak cantik-cantik tunjuk kat suami je, tak payah nak tunjuk kat lelaki ajnabi. Aurat perempuan untuk perempuan pulak apa eh? Mestilah dari pusat hingga ke lutut. Tapi kenapa saya tengok sekarang ni, ramai sangat perempuan suka pakai short, berkemban depan perempuan lain. Tu aurat tau! Jangan buat-buat lupa ye.. Oh, dengan perempuan pun jangan nak balut aurat tu! Jangan nak pakai legging ketat-ketat depan perempuan. Baju ketat takpe, sebab bukan aurat. Hehe..  Okay, aurat perempuan dengan NOT-YET-MUSLIM pulak? Sama je dengan aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram. Oh, kenapa saya kata not-yet-muslim? Sebab kita belum tau yg dia akan masuk Islam atau tidak. Lebih baik kata NOT-YET-TO-BE-MUSLIM. Kita mendoakan diorang supaya masuk Islam. Aamiin! Okay, balik pada aurat tadi. Masing-masing tau bukan senang nak jaga aurat depan diorang ni, nak-nak yang tinggal asrama tu. Selepas kajian dilakukan eceh.. dan soalan ditanyakan kepada yg lebih pakar, rupanya ada kelonggaran tapi bagi yg tinggal asrama je tau! Kita boleh buka aurat depan diorang tapi dengan syarat diorang mesti tau dan faham keadaan diri kita. Ini bagi mengelakkan diorang citer pasal aurat kita dengan orang lain. Tapi nak bukak aurat pun, jangan nak over sangat! Boleh pakai lengan panjang and seluar panjang je depan dia. Stokin and tudung tak payah. Tapi ada jugak yg cakap boleh pakai lengan pendek tapi saya sarankan pakai lengan panjang lah ye!
Second, Jaga Pergaulan! Jaga batas antara lelaki dan perempuan. Jangan nak bergurau-senda atau bertepuk tampar sangat. Batas tu jaga! Kalau nak keluar tu jangan nak berdua lelaki perempuan, sebab yg ketiga tu adalah syaitan. Kalau nak keluar dengan lelaki pun mesti atas urusan penting dan kena bawa mahram perempuan sekali. Jangan berdua je walaupun dah tunang. Kalau rasa nak keluar berdua sangat, pergi kahwin! Kahwin tu, nak berdua pun takde orang marah. hehe..
Third, Jaga Pandangan! Seorang perempuan yang baik dia akan memandang ke bawah apabila bertemu dengan lelaki. Seorang muslimah tidak akan memandang lelaki secara terus ke mata. Sebab dari mata jatuh ke hati! Eceh.. ayat! Jangan dok nak usha sangat lelaki hensem tak hensem. Jaga mata tu. Tundukkan pandangan. Jangan nak angkat-angkat! Haha.. Tapi janganlah tunduk sampai nak menyembah bumi. Kalau nak angkat pun jangan pandang mata ye! Nanti buat zina mata tak tau.. Oh, lagi! Jangan pandang aurat orang sekali. Dosa tau!
Fourth, Jaga Hati! Aiyoo! Jaga hatilah yang paling susah selain jaga pandangan. Hati ni kena bersih dari titik hitam. Kita gelak lebih tiga dekah pun boleh timbul titik hitam dalam hati ni. Itu baru ketawa! Belum benda lain lagi, dengan kesalahan kita semua. Entah berapa banyak titik hitam dahlah dalam hati ni. Sebab tu, kita kena selalu bertaubat, beristighfar supaya hati kita jadi suci balik. Lagi satu, jaga hati kita daripada lelaki! Jangan senang-senang bagi hati kita kat diorang. Simpan elok-elok untuk suami kita nanti. Lagipun, ingat lelaki nanti buat zina hati je, dosa jugak. Then, jangan lupa baca Al-Quran tiap-tiap hari untuk makanan rohani kita, basahkan lidah dengan zikir in shaa Allah hati terjaga.
Fifth, Jaga Hubungan dengan Allah! Kalau kita jaga first sampai fourth, in shaa Allah hubungan dengan Allah pun terjaga. Solat, zikir, Al-Quran semua tu penting dalam menjaga hubungan dengan Allah dan orang yg paling dekat dengan Allah ialah orang yg melakukan solat malam iaitu qiamullail. Qiamullail, semua kata susahlah nak bangun pagi, nak solat lagi. Tapi tau tak? Kalau malam sebelum tu kita niat nak bangun tahajjud tapi kita tak bangun, pahala kita sama je dengan orang yg bangun tahajjud. So, niat tu penting. Then, kalau kita terjaga tengah malam dan kita terfikir tentang Allah atau zikir, itu pun dah dapat pahala bertahajjud. Bagus kan? Best kan? Senang kan? Semua tu sebab Allah sayang hambaNya. Sebab Allah tau kita ni bukan senang nak bangun malam, jadi Allah permudahkan.Tengoklah, betapa Allah sayangkan kita. Tapi kita? Cuba tanya diri sendiri, apa yang kita dah buat untuk Allah? Untuk Islam? Untuk Rasulullah? Kita duduk dalam kesucian Islam, kebesaran Allah dan kasih sayang Rasulullah, tapi apa yang kita balas? Selama ni, balasan kita tu cukup ke? Amalan kita tu berat ke kat akhirat nanti? Solat kita sah ke semua? Yang penting, niat kita betul ke kerana Allah? Tepuk dada, tanya iman.
Jadi, dah tau kan apa yang penting dalam menjadi seorang wanita solehah. Ingat, wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah! Sama-samalah kita berusaha mecapai tahap wanita solehah walaupun susah kerana Allah itu pasti ada untuk membantu kita :)



Friday, April 5, 2013

-tiada tajuk- ngeh!

Assalamualaikum.
Okayy, post kali ni sounds like saya tak redha apa yg Allah tentukan pada saya. But I don't care. I need a shoulder to cry on. Memang segala kesedihan tu sepatutnya kita kongsi dengan Allah and I shared it. Tapi saya tetap rasa nak tulis jugak, nak luah segala benda.
Today, I don't know kenapa saya sedih sangat. Saya baca novel, then tetibe teringat ayah saya. Novel tu takde cakap pasal orang meninggal pun, takde pun pasal sakit nak mati ni. But it suddenly cross my mind. Tomorrow, genap 3 bulan saya hidup tanpa seorang ayah and maybe sebab tu kot saya sedih sangat. Ingat post saya before ni? Saya doa kat Allah supaya tarik nyawa saya bagi menggantikan ayah saya. Saya doa macam tu setiap kali solat hajat. And I thought Allah akan makbulkan doa saya. Nak tau kenapa saya rasa camtu? Seminggu lepas SPM habis, kitorang 1 family pergi Terengganu. First night in Terengganu, before saya tidur, macam biasa set alarm. Saya nak pilih lah alarm tone macam mana. Tiba-tiba saya nampak lagu Menanti di Barzakh. Tau en nasyid tu? Far-East yg nyanyi. Saya set lah alarm tone saya Menanti di Barzakh. And then, saya terfikir Allah nak makbulkan doa saya ke? Allah nak bagi peringatan ke sebelum saya hadapi kematian? Saya macam gembira jugaklah time tu tapi saya tak fikir sangat. Then, alarm tone tu melekat selama sebulan. Tak pernah ubah. Dan bila ayah saya meninggal, saya teringat alarm tone tu. Selama ni, Allah bukan nak remind saya tentang kematian. Tapi Allah nak saya bersedia menghadapi kehilangan. Allah bagi petunjuk yg Allah nak tarik nyawa ayah saya. Seriously, saya tak pernah terfikir ayah saya akan pergi secepat ni. Saya rasa regret pun ada sebab tak sediakan mental saya betul-betul. Dan hari ni, saya menangis lagi. Ayah saya tu kekuatan saya. Time SPM, ayah saya yg hantar mesej doakan saya. Habis exam, saya call ayah saya dulu baru mak saya. Sayalah yang paling rapat dengan saya berbanding adik saya. Saya ingat lagi, time tu pergi office ayah saya, nak amik barang dia semua nak bawak balik. Saya jumpa satu frame ni, kecik je. And it was my photo. And the frame is love shape. Gambar saya the only one gambar yg ada dalam bilik ayah saya selain gambar kerja ayah saya. Office ayah saya before ni pun sama jugak. Rectangular frame love shape glass with my picture. Then, saya nampak hadiah yg saya bagi ayah saya masa saya darjah 5. Saya rasa nak menangis, meraung je time tu. Tapi saya kena kuat, kuat untuk mak saya, untuk adik-adik saya. Saya tak nak sebab saya sedih, mak saya pun sedih. Masa raya tahun lepas, ayah saya sakit, masuk hospital kejap. So, saya tak celebrate raya sangat. And the day saya nak balik maktab, ayah saya peluk saya for the first time. Yeah, first time. Pelik kan? Saya tak pernah peluk ayah saya and ayah saya pun tak pernah peluk saya. Itulah first and last ayah saya peluk saya. Ayah said sorry to me sebab tak dapat raya. Then, saya pergi bathroom, nangis. Biasalah saya kan, nangis tak nak tunjuk sekarang ni. Saya tak pernah cakap saya sayang ayah saya. Lagi terkejut kan? Saya bukan tak sayang, tapi macam mak saya cakap, saya ni takde perasaan. Adik-adik saya pun saya tak pernah peluk, cakap sayang kat diorang. Saya tunjuk sayang saya dengan sifat protective. Saya tak show it with words. Yelah, kadang-kadang mulut kata sayang tapi tak pernah mendoakan kesejahteraan ibu bapa pun tak guna. Tapi orang sekarang ni, walaupun tau kita sayang dia, nak jugak dengar kita cakap. Okay, kalau agak nak dengar saya cakap saya sayang someone tu memang susahlah! jadi, lelaki kat luar tu, kalau agak nak and suka bini dia cakap sayang dia, jangan kahwin dengan saya! Warning ni! haha.. Okay, back to the topic. Korang mesti cakap en, anak apalah saya ni, tak pernah cakap kat parents yg kita sayang dia. Saya nak jugak cakap kat ayah saya before it's too late. Tapi the three wors won't come out.
"AIMI SAYANG AYAH"
Rasa senang je cakap, tapi bagi saya susah. Saya tak taulah sebab ego ke malu. Tapi yang pasti susah! Then, saya pun text ayah saya yg time tu dekat hospital. Saya mintak maaf, halalkan semua and saya cakap saya sayang ayah saya. Saya hope sangat ayah saya baca mesej tu. Itulah first and last jugak ucapan keramat saya tu. Kepada kawan-kawan yang baca post ni, jangan jadi macam saya. Saya ni pelik sikit. Tak, banyak sebenarnya. Saya tak suka buat body contact. Tak suka cakap sayang kat orang. Kalau orang lain tu, senang je. Yang tak sayang pun panggil sayang. Okay, tu dahsyat! Sebab tulah mak saya cakap saya ni takde feeling. Saya pun tak reti nak bagi ada feeling. Feeling tu ada, tapi saya tak luah. Selalu saya mengadu kat Allah jelah. Saya susah nak mengadu kat orang. Saya ni social pun teruk sikit. Tapi bagus jugak, bila saya rasa bengang kat orang pun, saya tak marah dia. Saya pendam je sampai rasa bengang tu hilang. Tapi yang tak bagusnya, nanti orang kata kita ni kurang ajar, tak reti nak bertegur sapa. Saya memang tak reti, saya reti senyum je. Selalunya tu saya senyum jelah. Nak cakap apa pun tak tau. Saya ni bukan friendly pun. Okay, ni dah melalut cerita lain ni. Saya stop jelah. Ingat, jangan jadi macam saya! Last minute baru nak buat. Bila tak buat, menyesal!

Thursday, April 4, 2013

Redha :)

Assalamualaikum.
Dah dua minggu dah result SPM keluar. Alhamdulillah, result saya okay. But still saya rasa sedih. Saya dah cuba buat yang terbaik masa exam tapi maybe inilah yang terbaik untuk saya. Saya pun tak tau. Sungguh, saya berharap sangat saya dapat straight A's.. tapi maybe bukan rezeki saya. But saya tetap tak puas hati walaupun saya sedar saya patut redha. Saya hantar borang recheck untuk paper Chemistry saya. Memang masa SPM tu pun saya rasa Chemistry tu paling susah. Tapi, saya cuba buat yang terbaik. Masa SPM tu, saya letakkan harapan saya sepenuhnya pada Allah. Sebelum masuk dewan, kitorang akan baca doa ramai-ramai. Then, saya masuk dewan dgn kaki kanan and selawat 3 kali. Duduk je kat kerusi, saya baca doa sendiri pulak. Dapat je kertas, saya mohon kat Allah supaya permudahkan segalanya. Mula je exam, mulut saya tak berhenti dari selawat Tafrijiyah. Tau kan selawat tu? Selawat tu biasanya untuk orang yg memohon hajat. And saya memohon supaya saya dapat straight A's. Serious, saya tak pernah berhenti berselawat. Saya tak taulah orang sebelah boleh dengar ke tak en.. Habis masa, saya baca doa penutup pulak. Keluar dewan dengan kaki kiri dan baca lagi doa penutup ramai-ramai. Saya memang bergantung harap sangat kat Allah. Setiap kali saya cuak nak masuk dewan tu, saya akan cakap;
"Takpe Aimi. Allah ada, Allah akan tolong"
Saya sangat yakin dengan pertolongan Allah. Saya yakin yang Allah akan tolong hamba-nya yang yakin terhadapnya. Bila SPM dah habis, saya tetap yakin dengan pertolongan Allah. He knows what best for us. Saya serious tak yakin saya akan dapat straight A's. Sebab tu Allah tak bagi saya kott.. Masa dapat result tu, saya terus sorok. Tak berani nak tengok. Tapi pakcik tu suruh tengok takut salah nama then, saya pun tengoklah. Memula saya tengok tu memanjang A, saya ingat saya straight A's. Tak sangke ada sesat B+ pulak. Saya terus pusing then pergi kat mak saya utk tunjuk result. Saya tunjuk result dlm keadaan nangis. Tangan terketar. And seriously I don't know what the tears for. I don't know why I am crying. Saya menangis sebab sedih tak dapat straight A's atau gembira dengan result saya? Seriously, saya tak tau. Tapi, masa dapat result saya asyik cakap, saya tak dapat buat Pharmacy. Sebenarnya boleh je. Tapi untuk scholarship MARA tak lepas. Saya cari lah jalan lain lepas tu. Saya apply asasi and scholar MARA tu saya apply Math and Econs. Okay, seriously dari post saya ni, gaya macam orang tak reti bersyukur kan? tapi itu masa memula. Sekarang, Alhamdulillah saya terima aja seadanya. He knows best so, trust in Him! Sekarang ni, saya tengah tunggu surat-surat offer dari memane. Hope adalah. Aamiin!
Ni selawat Tafrijiyah,