Pages

background

Welcome!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 4, 2013

Hamba ALLAH atau hamba CINTA?

Assalamualaikum.
Okay, post ni saya tak kata pasal orang lain. Saya cakap pasal diri sendiri. Cinta itu fitrah. Suka itu fitrah. Tapi jangan sampai ia menjadi fitnah. Cinta tu anugerah Allah kepada hamba-Nya. Cinta ni ada banyak jenis. Cinta kepada Pencipta, Rasul, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan and banyak lagi lah. Cinta kepada Pencipta and that is Allah is wajib! Cinta tu mesti ada dalam hati sebab Allah yang mencipta kita. He created us and He love us. Setapak kita pergi kat Allah, beribu ribu langkah Allah pergi dekat kita. Allah sentiasa ada untuk kita. Di waktu susah dan senang. Walaupun kita dalam kejahatan, Allah selalu ada untuk kita cuma kita je kadang kadang tak menghargainya. Bukti Allah sayang kita? Buktinya, pintu taubat tu selalu terbuka. tak pernah tutup. Pintu taubat tu hanya akan tutup bila matahari terbit dari sebelah barat iaitu Kiamat and masa nyawa kita dekat kerongkong dah. Pintu taubat tu adalah pintu paling luas and Allah sentiasa menunggu taubat hamba-Nya. Okay, itu cinta kepada Allah.
Cinta kepada Rasulullah SAW pulak. Okay, seriously saya tak reti nak elaborate cinta kepada Rasul ni. Tapi, yg saya tau Rasulullah sangat mencintai umatnya. Setiap perkara yang baginda lakukan, baginda akan mengingati umatnya. Pernah dengar cerita pasal saat-saat akhir hidup baginda? Sehingga saat terakhir baginda, baginda masih mengingati umatnya. Sedang baginda dalam keadaan tenat, baginda bertanya macam macam kepada malaikat Jibrail tentang umatnya. Allah telah berfirman :
"Aku telah mengharamkan syurga bagi semua nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu"
Dan selepas itu barulah Rasulullah tenang menghadapi kematiannya. Special kan kita umat Nabi Muhammad SAW? Kita ni umat akhir zaman sangat special. Tapi ramai yang tak sedar. Kita umat akhir zaman ni banyak lupa tentang Islam, Allah dan rasul. Tau tak, orang yang paling dekat dengan Rasulullah adalah umatnya yang merindui dan mencintainya walaupun tak dapat melihat wajahnya? Kita lah tu, umat akhir zaman. Jadi, untuk membalas cinta Rasulullah dekat kita, kita kenalah mengikuti sunnahnya. Buat sunnah Nabi, dapat pahala. Tak buat, tak dapat dosa pun. Tapi buatlah, bukan susah. Contaoh sunnah, makan guna tangan, bersugi sebelum solat and banyak lagi lah.
Sekarang, cinta kepada manusia pulak. Cinta manusia ada cinta ibu bapa, keluarga, kawan kawan and pasangan kita. Pasangan ni untuk yang dah kahwin je ye! Tapi tulah ramai yang bercinta sebelum kahwin. Sekarang ni, saya nak sentuh cinta yang nilah. Cinta manusia lain, saya tak sentuh. Nak tau kenapa? Sebab cinta nilah saya nangis semalam. Saya nak cerita kat korang tamparan yang saya dapat semalam. Kita ni hamba Allah atau hamba cinta? Kalau kita hamba Allah, patut kita serahkan hati kita kepada Allah. Macam saya kata sebelum ni, cinta tu fitrah, suka tu fitrah. Saya ada orang yang saya suka. Setiap sujud saya kepada Allah, saya tak pernah lupa menyebut nama dia. Teruk kan saya? Belum kahwin lagi, dah over. Tapi seriously, saya selalu tanya kat diri saya; 'kenapa saya perlu suka dia?' Dulu masa awal suka dia, saya doa kat Allah kalau perasaan saya kat dia melebihi cinta saya kat Allah, maka hilangkanlah. Tapi perasaan suka saya makin menjadi. Then, saya doa pulak macam chorus lagu permata yang dicari tu.
"Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, tabahkanlah hatiku dengan ketentuan-MU"
Dan sekarang saya rasa saya ni teruk. Memang saya sebut nama Allah tapi saya tak serahkan hati saya kat Allah. Saya rasa saya teruk sebab saya menyukai seorang manusia yang belum tentu lagi jodoh saya. Saya ni hamba Allah atau hamba cinta? Saya rasa macam saya ni hamba cinta je. Dan sekarang setiap kali saya doa, saya akan doa kalau dia bukan jodoh saya, saya minta Allah tolong hapuskan perasaan saya kat dia. Saya tahu dengan saya suka dia ni, saya boleh dapat zina hati. Tapi kalau saya boleh kawal perasaan saya ni, saya nak jugak pilih supaya tak suka kat dia tu. Berdosa tau buat zina hati! tu belum zina lain lagi tu. Kadang-kadang saya rasa berdosa sangat. Saya selalu nangis sebab benda ni. Saya rasa berdosa sebab ada perasaan kat dia. Kita hanya boleh suka dan cinta kepada suami atau isteri kita je. Yang belum halal, jangan nak buat apa-apa. Jaga hati, jaga pandangan, jaga iman. Memang susah, tapi kena try. Saya pun tengah try jugak. Jadi, sama-samalah kita try ye?


Sorrylah kalau post ni ada pasal cinta sikit. I am still trying to be a better muslimah. Jadi, kadang kadang tu saya silap jugak. Jadi, sama-samalah kita memperbaiki diri.

No comments:

Post a Comment