Pages

background

Welcome!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 5, 2013

-tiada tajuk- ngeh!

Assalamualaikum.
Okayy, post kali ni sounds like saya tak redha apa yg Allah tentukan pada saya. But I don't care. I need a shoulder to cry on. Memang segala kesedihan tu sepatutnya kita kongsi dengan Allah and I shared it. Tapi saya tetap rasa nak tulis jugak, nak luah segala benda.
Today, I don't know kenapa saya sedih sangat. Saya baca novel, then tetibe teringat ayah saya. Novel tu takde cakap pasal orang meninggal pun, takde pun pasal sakit nak mati ni. But it suddenly cross my mind. Tomorrow, genap 3 bulan saya hidup tanpa seorang ayah and maybe sebab tu kot saya sedih sangat. Ingat post saya before ni? Saya doa kat Allah supaya tarik nyawa saya bagi menggantikan ayah saya. Saya doa macam tu setiap kali solat hajat. And I thought Allah akan makbulkan doa saya. Nak tau kenapa saya rasa camtu? Seminggu lepas SPM habis, kitorang 1 family pergi Terengganu. First night in Terengganu, before saya tidur, macam biasa set alarm. Saya nak pilih lah alarm tone macam mana. Tiba-tiba saya nampak lagu Menanti di Barzakh. Tau en nasyid tu? Far-East yg nyanyi. Saya set lah alarm tone saya Menanti di Barzakh. And then, saya terfikir Allah nak makbulkan doa saya ke? Allah nak bagi peringatan ke sebelum saya hadapi kematian? Saya macam gembira jugaklah time tu tapi saya tak fikir sangat. Then, alarm tone tu melekat selama sebulan. Tak pernah ubah. Dan bila ayah saya meninggal, saya teringat alarm tone tu. Selama ni, Allah bukan nak remind saya tentang kematian. Tapi Allah nak saya bersedia menghadapi kehilangan. Allah bagi petunjuk yg Allah nak tarik nyawa ayah saya. Seriously, saya tak pernah terfikir ayah saya akan pergi secepat ni. Saya rasa regret pun ada sebab tak sediakan mental saya betul-betul. Dan hari ni, saya menangis lagi. Ayah saya tu kekuatan saya. Time SPM, ayah saya yg hantar mesej doakan saya. Habis exam, saya call ayah saya dulu baru mak saya. Sayalah yang paling rapat dengan saya berbanding adik saya. Saya ingat lagi, time tu pergi office ayah saya, nak amik barang dia semua nak bawak balik. Saya jumpa satu frame ni, kecik je. And it was my photo. And the frame is love shape. Gambar saya the only one gambar yg ada dalam bilik ayah saya selain gambar kerja ayah saya. Office ayah saya before ni pun sama jugak. Rectangular frame love shape glass with my picture. Then, saya nampak hadiah yg saya bagi ayah saya masa saya darjah 5. Saya rasa nak menangis, meraung je time tu. Tapi saya kena kuat, kuat untuk mak saya, untuk adik-adik saya. Saya tak nak sebab saya sedih, mak saya pun sedih. Masa raya tahun lepas, ayah saya sakit, masuk hospital kejap. So, saya tak celebrate raya sangat. And the day saya nak balik maktab, ayah saya peluk saya for the first time. Yeah, first time. Pelik kan? Saya tak pernah peluk ayah saya and ayah saya pun tak pernah peluk saya. Itulah first and last ayah saya peluk saya. Ayah said sorry to me sebab tak dapat raya. Then, saya pergi bathroom, nangis. Biasalah saya kan, nangis tak nak tunjuk sekarang ni. Saya tak pernah cakap saya sayang ayah saya. Lagi terkejut kan? Saya bukan tak sayang, tapi macam mak saya cakap, saya ni takde perasaan. Adik-adik saya pun saya tak pernah peluk, cakap sayang kat diorang. Saya tunjuk sayang saya dengan sifat protective. Saya tak show it with words. Yelah, kadang-kadang mulut kata sayang tapi tak pernah mendoakan kesejahteraan ibu bapa pun tak guna. Tapi orang sekarang ni, walaupun tau kita sayang dia, nak jugak dengar kita cakap. Okay, kalau agak nak dengar saya cakap saya sayang someone tu memang susahlah! jadi, lelaki kat luar tu, kalau agak nak and suka bini dia cakap sayang dia, jangan kahwin dengan saya! Warning ni! haha.. Okay, back to the topic. Korang mesti cakap en, anak apalah saya ni, tak pernah cakap kat parents yg kita sayang dia. Saya nak jugak cakap kat ayah saya before it's too late. Tapi the three wors won't come out.
"AIMI SAYANG AYAH"
Rasa senang je cakap, tapi bagi saya susah. Saya tak taulah sebab ego ke malu. Tapi yang pasti susah! Then, saya pun text ayah saya yg time tu dekat hospital. Saya mintak maaf, halalkan semua and saya cakap saya sayang ayah saya. Saya hope sangat ayah saya baca mesej tu. Itulah first and last jugak ucapan keramat saya tu. Kepada kawan-kawan yang baca post ni, jangan jadi macam saya. Saya ni pelik sikit. Tak, banyak sebenarnya. Saya tak suka buat body contact. Tak suka cakap sayang kat orang. Kalau orang lain tu, senang je. Yang tak sayang pun panggil sayang. Okay, tu dahsyat! Sebab tulah mak saya cakap saya ni takde feeling. Saya pun tak reti nak bagi ada feeling. Feeling tu ada, tapi saya tak luah. Selalu saya mengadu kat Allah jelah. Saya susah nak mengadu kat orang. Saya ni social pun teruk sikit. Tapi bagus jugak, bila saya rasa bengang kat orang pun, saya tak marah dia. Saya pendam je sampai rasa bengang tu hilang. Tapi yang tak bagusnya, nanti orang kata kita ni kurang ajar, tak reti nak bertegur sapa. Saya memang tak reti, saya reti senyum je. Selalunya tu saya senyum jelah. Nak cakap apa pun tak tau. Saya ni bukan friendly pun. Okay, ni dah melalut cerita lain ni. Saya stop jelah. Ingat, jangan jadi macam saya! Last minute baru nak buat. Bila tak buat, menyesal!

No comments:

Post a Comment