"Setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat apa apa yg dihajatkannya. Sesiapa yg berhijrah ke jalan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yg berhijrah kerana dunia yg ingin diperolehnya atau kerana seorang perempuan maka hijrahnya itu adalah atas apa apa yg berhijrah kerananya"
Sumber : Buku Hadis 40 Imam Nawawi terbitan PSN Publication.Semua benda yang kita buat haruslah disertakan dgn niat. Kalau tak tau apa niat kita, sia sialah apa yg kita buat. Setiap orang yg berubah tu haruslah berubah kerana Allah. Jangan berubah kerana manusia, takut bila manusia itu pergi, perubahan kita turut menjadi pergi lalu menjadi the old yourself. Bukan senang nak berniat kerana Allah. Kadang kadang kita buat satu benda baik tu sebab org lain pun buat, terikut ikut. Ataupun kita buat benda baik tu sebab nak tunjuk kat orang lain yg kita ni baik. Syaitan ni muslihat dia banyak. Mula mula dia akan hasut kita supaya tak buat good deeds semua tu dan bila kita nak buat jugak, syaitan akan hasut kita supaya niat kita buat baik tu bukan kerana Allah. Dulu masa sekolah, saya selalu gak pergi surau solat jemaah tapi bila saya terserempak dengan orang saya akan jadi riak. Then, cepat cepat saya istighfar. Nak jadi baik bukan senang. Perlu pengorbanan. Niat kena betul, kalau niat salah susah. Ada lah sorang ni, saya tengok facebook dia, dia post benda2 islamic padahal dulu tak. Pastu, saya ada baca comment dia kata nak beli tudung akel(tudung labuh tu). Saya pelik kenapa dia tiba tiba berubah ni tapi saya bersyukurlah. Rupa rupanya, dia berkenan ngan sorang lelaki ni. Islamic lah kot, tahfiz bagai. Then, lelaki ni lah bagi dia kesedaran nak berubah. Saya tak taulah niat dia sebab laki tu or sebab Allah. Tapi Alhamdulillah dia berubah sampai sekarang. Dia kenal dgn laki tu sebulan je, skrg laki tu pun dah takde. Lelaki tu just datang dalam hidup dia, sampaikan hidayah Allah then blah. Saya bersyukur sangat. Jelaslah dia berubah kerana Allah. Golongan ulama' ada menyatakan bahawa,
"Mungkin suatu amalan yang kecil akan menjadi besar kerana niat dan suatu amalan besar menjadi kecil kerana niat"
Jadi, jelaslah niat tu kena betul, ikhlas kerana Allah. Solat, sedekah, zikir and all the good deeds buatlah kerana Allah, mohonlah redha Allah. Mulakan sesuatu pekerjaan tu dengan basmalah, in shaa Allah niat dan pekerjaan kita akan terpelihara dan mendapat pahala dari Allah.
No comments:
Post a Comment