Tadi tiba tiba benda ni pop out in my mind,
"Macam mana kita nak tegur kesalahan orang tu tanpa membuat dia terasa?"
"Get rid the receptor"
And tulah yg kawan saya reply. And I was like 'what receptor? pain receptor? cold receptor? Or receptor is just another word for feeling?' Haha.. seriously, macam mana yek? Bagi saya, friendship is important. Saya tak nak disebabkan gaya saya yang salah dalam menegur, we end our friendship. NO! I dont want that. Hati orang kena jaga leklok. Walaupun tegur kesalahan orang lain tu memang dah jadi tanggungjawab kita semua and it is really important sebab kita juga menarik dia ke jalan Allah, but still saya rasa teguran tu mesti kena dengan gayanya.
Pernah dengar cerita pasal Hasan dan Husin yang menegur kesalahan orang yg mengambil whudu'? Cerita ni diceritakan oleh BADAR maktab saya masa tahun lepas. Tapi saya tak pergi time tu and diceritakan balik oleh classmate saya. Hasan and Husin ni kan anak Saidina Ali dengan Fatimah. Diorang pergi masjid time tu and ternampak seorang pak cik ni salah cara amik wudhu'. Tau apa yg diorang buat? Diorang tak tegur pun kesalahan pak cik tu. Sebaliknya, diorang bergaduh sesama diorang. Bergaduh? Yeah, mesti korang terkejut en? Hasan dan Husin bergaduh sesama diorang kerana kesalahan mengambil wudhu'.
"Macam nilah baru betul!"
"Taklah, ni baru betul!"
Dah diorang asyik bergaduh je kat tempat amik wudhu' tu, pak cik tu pun masuklah campur.
"Nak oh nak, kenapa bergaduh ni?
"Kami bergaduh sebab cara amik wudhu' ni. Dia kata macam ni (sambil buat gaya) tapi saya kata macam ni pulak (sambil buat gaya)"
Dan pak cik tu pun tersedar dia sebenarnya yang salah. Hasan dan Husin buat betul je. Jadi, kejayaan buat Hasan dan Husin di situ. Jadi, itulah saya try nak buat. Pak cik tu tak trase pun yang Hasan dan Husin tu sedang menegur kesalahannya tapi pak cik tu tersedar sendiri dengan adegan yg mereka lakukan. Tapi bukan senang, serious susah. Orang orang terdekat saya, ada je yg free hair, pakai ketat ketat semua. Tapi serious saya takde kekuatan nak tegur. Rasulullah SAW bersabda,
"Ubahlah mereka dengan tangan(kuasa). Jika tidak, ubahlah mereka dengan lidah. Dan akhirnya, ubahlah mereka dengan hati dan sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman"
Hadisnya lebih kurang gitulah and saya tak ingatlah perawi hadisnya. In shaa Allah hadis ni sahih sebab hadis ni ada dalam buku teks agama lower form. Okay, berdasarkan hadis ni, saya adalah golongan yg selemah-lemah iman sebab saya hanya berdoa dan berharap agar insan insan tersebut berubah ke jalan Allah. Takpe, in shaa Allah nanti saya nak ubah dengan tangan pulak. Doakan saya :)
No comments:
Post a Comment