Pages

background

Welcome!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 27, 2013

Dakwah!

Assalamualaikum.
Semalam saya tetiba terfikir, "Macam mana nak berdakwah scare santai ea?" Dan benda tu jugaklah saya terfikir sampai sekarang and still tak dapat jawapan. Dan disebabkan dakwah nilah, saya asyik terfikir kerja apa yg boleh berdakwah dalam masa yg sama. Sebenarnya, kita boleh je berdakwah melalui perbuatan. Meaning, kita tunjuk contoh yg baik, pergi surau sume.. in shaa Allah ada orang yg akan ikut kita. Tapi saya nak dakwah yg betul betul dakwah. Dulu, saya nak jd accountant, then bukak bank sendiri which is seems impossible. Bank tu need a lot of money kott.. Dari bank tulah, saya akan jadikan semuanya Islamic. Pergi solat kena punch card. So, kalau org tu tak pergi solat, kita taulah and boleh tegur elok elok. Tapi, rezeki saya macam takde je dalam bidang ni. So, saya nak menyambung harapan ayah saya nak jadi pharmacist. Tapi pharmacist pun paling paling bukak farmasi sendiri which is susah jugaklah nak buat sistem punch card sgale bagai. Sebab kedai kecik je pun.. Lepas result SPM keluar ni, saya tetibe teringin nak jadi cikgu pulak. Oh, saya dapat 2A+ 4A 2A- 1B+. Alhamdulillah.. Walaupun sekolah saya ada 219 org dapat straight A's tapi saya tetap bersyukur.. Okay, sambung balik ke cerita cikgu tadi. Saya terfikir, kalau jadi cikgu lagi senang nak berdakwah. Macam sorang cikgu kat sekolah saya ni. Dia pakai purdah and selalu berjubah. Dia bukan ajar agama tapi CHEMISTRY and itulah subjek saya B+ :'( Setiap kali cikgu tu abis mengajar, dia mesti suruh budak kelas dia ckp, "We love Allah, We love Rasul, We love Chemistry" Dia berdakwah lah jugak kan? Dalam kelas pun dia selalu ckp psl Islam ni and itu cara dia berdakwah. So, jadi cikgu lagi senang nak berdakwah. Kita boleh applicatekan apa yg kita blajar dgn Islam. Ustaz Azhar Idrus ada cakap, "kalau tak tau nak buat pilihan, pilihlah yg akan membuatkan kita dekat dengan Allah" So, kalau dpt scholarship MARA tu memang saya nak pilihlah. Jadi cikgu lagi banyak masa, bolehlah luang lagi masa dengan Allah. Jadi accountant nnt busy, pharmacist tak taulah. Okay, itu cerita dakwah masa dah kerja. Masa tengah blaja, duk lepak kat rumah ni nak berdakwah macam mana yek? Seriously, saya nak berdakwah dgn cara org tertarik nak tengok and dengar dakwah kita. Dengan gaya yg santai, buat org terasa selesa dgn dakwah tu dalam masa yg sama menarik diorg mendalami Islam. Tapi saya tak tahu cara! Kalau saya ni penulis novel, saya akan buat novel dengan tajuk yg catchy dan mengikut arus semasa dan dalam masa yg sama saya tulis pasal Islam dalam tu dan membawa makna kesedaran. Tapi, saya bukan penulis novel. Pernah baca novel tulisan HLOVATE. Novel dia bawak banyak makna kesedaran. Saya nak buat novel macam tu lah. Tapi saya ni malas nak type. PEMALAS punya orang! hehe.. Oh, okaylah. Saya nak kena kerah idea cari idea nak berdakwah ni. Doakan saya berjaya :)

No comments:

Post a Comment